Perjalanan ini telah dirancang sejak tahun lepas..pada mulanya, kami rancang untuk ke Sabah pada hujung cuti bulan 12 tahun lepas. tapi disebabkan kekangan waktu (ee la, tok la, bla3~~) terpaksa ditunda hinggalah tarikh diputuskan pada 12-15 jun 2010...tapi perancangan bukanlah semudah itu apabila tarikh btn telah bertindan dengan perancangan ini..atas kerjasama MARA (itupun setelah dipujuk dirayu), akhirnya aku berjaya ditukarkan ke tarikh dari 6-10 jun...yeah!..perjalanan ini terdiri daripada aku, mama, ayah, abang + isteri + anak2, dan juga keluarga mentua abang aku.
Hari Pertama : Ketibaan
Perjalanan kami bermula dengan keluar dari rumah abang aku di Subang menuju ke KLIA jam 6.30 pagi kerana waktu penerbangan kami adalah jam 9.20 pagi (awal gler). Kami tiba di kota kinabalu lebih kurang 12 tgh hari, makan tengah hari di satu restoran, shoping kejap (tapi still banyak gak barang beli..=p) dan terus check in di marina court condominium. Hotel ini berbentuk apartmen dan mempunyai 3 bilik, 1 bilik untuk fmili aku, 1 untuk famili abang aku dan 1 lagi untuk famili mentua
Tapi, setelah puas bershoping, ibuku pula tidak larat nak balik ke hotel...last2 terpaksa naik teksi..=p..Malam itu aku makan pizza bersama abang aku sebab mama dah malas nak ikut (haha!)
Bersama biras - Nadzirah ( kami sebaya weyh)
Bersama mak ayah ngan adik anak saudara, Jazli Rayyan

Hari Kedua : Perjalanan yang Jauh
Pagi2 lagi kami sudah bertolak menuju ke kundasang untuk ke Kinabalu Park. Tapi perjalanan selama 3 jam memang sangat meletihkan + mual + pening (satu kombinasi yang sering membuatkan aku ingin meluahkan isi perut sepanjang perjalanan). Namun, sebaik tiba di skywalk Kinabalu Park, gunung kinabalu telah dibaluti kabus keseluruhannya. apa yang kelihatan hanyalah cahaya putih (uiks?)di sekeliling skywalk tersebut. sedih la jugak, penat jalan jauh2 tapi tak dapat tengok gunung kinabalu dengan dekat. T_T
selepas itu kami makan di kundasang (ntah ap nama restoran tuh, lupe lak) . pemandangan kat situ memang sangat lawa. kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Poring Hot Spring. Tapi, van yang kami naiki yang dipandu oleh drebar rosak pula di tengah jalan. Puncanya mungkin disebabkan van tersebut telah teroverload ketika menaiki cerun bukit curam di kinabalu park. sian. memang waktu nak naik bukit tuh, van pun dah mengeluarkan bau hangit dan bunyi vro0oomm yang sangat kuat apabila clutch ditekan. brek pun da kurang berfungsi. mula2 drebar tu (mei name dia) da suspect van tue mcm da nak r0sak, tapi dia yakin van tu mungkin dapat bertahan. tapi mana tahu tengah jalan tiba2 berhenti, nak forward p0wn xleyh, reverse pun same..last2 kami semua keluar dan jadi pengawal trafik..=p... memandangkan tenaga lelaki hanya ada 3 orang, mereka tidak dapat menolak van tu ketepi. Nasib baik ada satu van yang sarat dengan body builder (syus weyh, smer tegap2 badan, maybe buruh k0t) datang tolong tolakkan van tu..fuhhh..pastu mei telefon seorang membe dia (bawa van jugak) yang kebetulan berada di hot spring untuk membawa kami ketempat itu - 15km jer lagi sebenarnya. Mei tu pula akan tunggu bos dia datang dari kk untuk membawa van baru ( 3jam oo dia terpaksa tunggu, da r pompuan, sian la plak)
Tragedi nokia
Masa kami kat hot spring, secara tidak sengaja nokia aku telah terjatuh dalam air panas tempat orang rendam kaki (air panas tuuu bukan air sejuk..w0oow0o~~) bila aku try nak on kan henpon tuh, memang da x bernyawa dah T_T..Masa on the way balik, tiba2 aku teringat yang ada petua kalau apa2 barang elektronik masuk air, rendam dalam beras. Mak aku pun dan-dan pergi beli beras bario semata2 nak rendam henpon aku (ye ye jer, mstila bli beras tu nak wat masak skli..+_+ )..esok paginya, nokia aku kembali berfungsi..YEAH!! tapi malangnya, aku terlupa nak rendam memory card..kadang2 elok kadang2 kong...walaupun nokia ku survive dalam hot spring, tapi fungsi vibrationnya tidak lagi berfungsi
T_T
(bak kata bapak aku -" nie bukan petua orang tua2, nie petua orang muda2..orang dulu mana ada henpon")
ye x ye kan..
Kami tiba di hotel lebih kurang 9.30 malam..penat gler seyh..
Bergambar di hadapan Marina Court
pemandangan di kk..lawa
Gunung Kinabalu ( tapi dari jauh je la..)
itulah dia gunung kinabalu yang disimbahi cahaya putih
Van yang rosak bah...+_+
Take Nothing But Photographs
Kali ini, kami semua menuju ke Pulau Manukan lebih kurang dalam pukul 9 pagi.. Pantai dia memang lawa, tapi masa snorkelling, cam xnmpk apa sangat, berbanding dengan time kami kat Pulau Kapas dulu..nak pergi ke tengah laut takut la plak, sebab ombak sangat kuat plak tuh, n susah nak balik ke tepi pantai. Sy0k sangat mandi pantai masa panas terik tu, xpasal2 kulit aku jadi dari
Balik2 je hotel, semua terus pengsan sebab da penat sangat. Petang tu, mak kejut sebab nak ajak pergi kedai
Di jeti sebelum bertolak ke Pulau Manukan (yg tue anak sedare, Nurin Fateehah)
Suka tengok pantai dia..=)
Sebelum meninggalkan manukan
Sempat pose sebelum memborong..=p
Bersama Rayyan di Kg Nelayan
Hari Keempat : Keberangkatan Pulang
Hari ini merupakan hari yang paling sedih kerana akan meninggalkan Sabah..woo0woo~~ (nie sedey bt0l, xtpu!). Aku dengan mama n famili mentua abang aku sambung semula shoping dekat pasar Filipino pada pagi itu, n then sarapan roti canai kat satu restoran.. Kembali ke hotel, kami kemas2 barang dan check out tepat jam 12 tgh hari.
Pastu, kami pergi ke One Borneo (cm one utama lbey kurang), n sempat sambung sh0ping sket..lalala~~..=p Tiba di KKIA jam 3.30 petang dan berlepas menuju ke semenanjung jam 6 ptg dan mendarat jam 8 mlm...Memang melankolik habis la..huhu~~ aku sudah jatuh cinta dengan sabah!..
Masa kat dalam kapal terbang, aku kurang gemar dengan lauk yang aku pilih- ikan masak sweet sour..kebetulan aku duduk dengan anak sedara, dia pulak dapat children meal iaitu pasta, last2 aku yang tapau dia punya (haha! xgne nye maksu!)..tapi masa tu dia dah xhabis dah...=p
Bergambar di masjid sebelum berangkat ke kkia
^_^
Kesimpulan perjalanan :
Orang Sabah memang makan banyak ke? setiap kali order makanan, mesti banyak gila dia bagi n kompem aku mesti x habis..=p
aku sangat suka sama bahasa sabah bah!...rse mcm maw pergi lagi...=)




8 Komen:
mane ole-ole dari sabah untuk aku?
mueheh~
:P
haha... kal0 nak kt umah aku ad byk..meh la dtg..=)
alamak malu la pulak.
haha~
malu lak nyer...haha =D..meh la..
mama, nak ole ole gak:P
mama, mane papa Sino baru?:P
papa Sino?..aritu xsmpt cari sbnrnya..tapi xpela, pg lg nnt baru cri..=p
weh,ive neva been to sabah =P
sarawak je hehehe
ni p0wn baru 1st tyme smpi...huhu
Post a Comment