Tuesday, June 22, 2010

Saranan makanan mengikut Islam

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: 
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” 
(Hadis riwayat at-Tirmizi)





Selama ni kan, kalau kita makan..
Pernah ke kita pikir..
Yang kita makan tu bkan nak menyihatkan kita
tapi sebenarnya,
lagi menambahkan penyakit kat badan kita
dlu, tyme kita kene wat folio agama
aku decide nak wat pasal makanan dalam islam
sebab kalau ikutkan
Islam da siapkan garis2 panduan kal0 nak makan
n kal0 kite ikut 100%
insyaAllah segala bapak, datuk, nenek moyang segala penyakit,
kompem xdatang....
tapi disebabkn kita (termasuklah aku, wo0wo0~~)
ske makan ikut nafsu,
bukan untuk keperluan body kita,
apa yang kita makan
ends up being a poison to us
without we ever realizing it...


apa yang kita patut lakukan :

Tidur 1 jam selepas makan tengahhari

Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Minum segelas air sejuk setiap pagi. Paling mujarab 30 minit sebelum makan. Mudah-mudahan segala toksik di dalam badan akan keluar dan dijauhi penyakit

Makan dengan tangan dan apabila habis, jilatlah jari. Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, 10 x ganda dari yang ada pada air liur.

Þ Sekiranya kita sedar, di tapak tangan kanan kita, terdapat nombor 18 di dalam bahasa Arab,iaitu٨ dan ١

Þ Menurut kajian para saintis, terdapat 18 enzim di tapak tangan kanan kita yang amat penting untuk penghadaman makanan. 18 enzim ini bukan sahaja baik untuk kita, malah turut menjadi ubat kepada kepada orang lain. Di dalam ceramah Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah baru-baru ini, beliau menerangkan bahawa makan beramai-ramai amat digalakkan di dalam Islam kerana enzim yang terdapat pada tangan kita akan jatuh pada makanan tersebut dan membawa manfaat kepada orang lain.

Makan dengan tidak bersandar

Makan tanpa bercakap. Ini dikhuatiri akan menyekat saluran pernafasan kita.

Berdoa sebelum dan selepas makan. Apabila kita membaca Bismillah, syaitan akan menghindari makanan kita dan memuntahkan kembali apa yang dimakan. Selain itu juga, membaca Bismillah amat penting untuk menghindarkan penyakit kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian degan Allah s.w.t, apabila Bismillah dibaca, maka bakteria dan racun akan musnah dari makanan itu.

Mengunyah sehingga hancur kemudian baru telan. Rasulullah s.a.w mengunyah sebanyak 40 x sebelum menelan makanan.

Makan dan minum dengan tangan kanan. Rasulullah pernah memarahi seseorang yang makan dan minum menggunakan tangan kiri.

Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang


apa yang tidak sepatutnya kita lakukan :


Makan susu & daging - gabungan ini akan menjadi toksin dalam badan kita

Makan daging & susu

Makan ikan & susu.

Makan ayam & susu

Makan ikan & telur

Makan ikan & daun salad

Makan makanan darat dan laut

Makan susu & cuka

Makan buah & susu. CTH : Koktel dan Carrot Susu

Makan daging dan tembikai - gabungan yang lebih teruk. sebab toksik yang terhasil lebih merbahaya

Makan ayam dan ikan. Menurut kajian, ayam mengandungi ion ‘+’, manakala ikan mengandungi ion ‘-‘.Jika bercampur dalam makanan, ia akan dapat merosakkan usus.

Makan buah selepas makan nasi. Tetapi makan buah sebelumnya. Ini untuk melawaskan makanan.

Tinggal makan malam. Jika tidak, seseorang itu akan dimamah usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Tidur selepas makan malam. Sebaik-baiknya makan malam yang sesuai adalah lebih kurang pada pukul 6.00 petang. Hal ini kerana, kita boleh tidur selepas sekurang-kurangnya 5 jam selepas makan.

Makan selepas pukul 10 malam. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., beliau akan minum susu panas pada waktu malam apabila beliau berasa lapar.

Minum sambil makan. Seelok-eloknya, minumlah selepas habis makanan untuk mempercepatkan proses penghadaman.

Minum sambil berdiri dan minum dalam bekas yang besar. Contohnya : Jag.

Menghembuskan nafas ketika kita sedang minum. Apabila kita menghembuskan nafas, kita akan mengeluarkan karbon dioksida ke dalam minuman yang akan bercampur dengan air lalu air tersebut menjadi asid karbonat. Hal ini menjadikan minuman tersebut berasid.

kalau perasan, kebanyakan gabungan makanan lebih buruk kalau dicampurkan dengan susu. Even
Rasulullah pun sarankan minum susu tanpa digabungkan dengan makanan lain.


apakah sebabnya?


senang cter la kan,
susu memerlukan hydrochloric acid yang kuat (lower pH) untuk penghadaman
tapi kebanyakan makanan lain hanya memerlukan hydrochloric acid yang lemah (higher pH) untuk
penghadaman.(terutamanya daging)
so, gabungan kedua2nya dalam perut serentak,
akan menyebabkan kecelaruan penghadaman dalam perut
jadi perut da keliru mana satu yang dia nak hadam
jadinya,
kanser perut, gastrik...
sangat mudah nak terbentuk....
iskh3...

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang lelaki yang biasa makan banyak. Namun setelah masuk Islam, makannya jadi sedikit. Ketika hal itu diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. beliau bersabda :
Sesungguhnya orang mukmin itu makan dalam satu usus, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus.

6 Komen:

ffh said...

babe, nice post!info byk<3!

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

yg bawah 'apa sebabnya' tu teori sendiri ker? hahaha

Heidy said...

ann : yeah

amilin : byk r k0 teori sendiri... haha..banyakkan bacaan, luaskan pandangan..=p

syarifah radiah ibrahim said...

nice one!
thanks babe.
:)

faris said...

makan sebelum atau makan KETIKA lapar?

SIR'AdE"® said...

bole copy x?