Saturday, August 28, 2010

Antara Semut dan Kekuatannya

Dulu ak pernah buat post ni kt bl0g kls aku..
m08e
n ttbe aku gatal nk angkut ke sni plak..=p




“Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (An-Naml:18)

Selalukan bila kita tengok semut nih, rase cm kecik jer...paling tidakpun, rasa nak pijak...tapikan, pernah tak kita sedar yang sesungguhnya, walaupun semut tu kecik n nampak lemah, tapi semut2 ini mempunyai kekuatan yang lebih tinggi dari kita yang bergelar manusia...

ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri....setiap kali kalau aku pegang hos air, pastu kat depan tu ada barisan semut lalu, kompem punye lah kena jirus! (please don't try this at home!)...lepas tu, apa yang mengagumkan, walaupun semut2 tue hampir menemui ajal (ye ye jer), tapi diorg tetap memikirkan rakan diorang...di0rang akan cuba berpaut sesama sendiri, dan cuba menyelamatkan kawan diowang wp0wn nyawa di0rg sndiri umpama telur dihujung tanduk.... pastu ada gak yang bukannya berenang ke tepi, tapi berenang ke arah kawan mereka yang lemas...hurmm~~ so kita bley simpulkan bahawa semut2 nie memang kukuh semangat kesemutan mereka n langsung tak pentingkan diri sendiri...

pastukan, kalau kita memerhatikan gerak-geri semut nih, tiap kali di0rang terserempak ngan kawan dia, mesti bagi salam dengan melagakan sesungut di0rang...malah dari seorang ke seorang dier bagi salam....agak2 kita camtu tak ek bila terserempak dengan kawan kita...ehmm..

kemudian, perasan tak, bila kita bunuh salah seekor semut, kawan2 dia yang lain mula gelabah, pastu jalan da x ikut barisan, dan semua d0k pusing2 kat tempat tue...jadi memang jelaslah betapa mereka mengambil berat tentang kawan di0rang...adakah satu hari nanti, apabila rakan kita ditimpa musibah, kita akan mengambil berat tentangnya?...ke kita akan jadi jer mcm bak kata abby fana "ada ku kesah?"

ok, merujuk kepada ayat di atas tadi, ayat tu mengisahkan tentang semasa nabi sulaiman ingin melalui satu tempat, semut tersebut telah menghidu ancaman bahaya, terutamanya kepada kaumnya,..tapi yang baiknya pasal semut ni, bila bahaya semakin dekat, semut tu hanya fikir akan nasib anak2 buah dia jer, sedangkan nasib sendiri x dipikirkan..kerana tanggungjawab yang besar, dia telah memberi peringatan kepada kaumnya supaya masuk kedalam sarang...tapi pada masa yang sama, semut ni bijak, sebab dia bukan sahaja beri amaran, tapi juga berusaha untuk mengelakkan sangka buruk kaumnya terhadap bala tentera nabi sulaiman dengan menyatakan "sedangkan mereka tidak menyedari"...so kita boleh tengok semut ni mmg bt0l2 positif, dan sedaya upaya untuk menutup pintu hati yang sentiasa bersangka buruk terhadap orang lain....

lepas tu, biasanya dalam masyarakat kita, kalau ada jer yang buat baik, ada antara kita mesti cakap " eleh, nak wat baik la tu konon"...tapi dalam bangsa semut, mereka tidak ada sikap demikian...tapi terus ikut arahan ketua semut untuk masuk ke dalam sarang dan akhirnya selamat dari dipijak kerana sikap mereka yang patuh pada ketua...


rakan-rakan,

semut nie kecil jer saiznya..so biler seekor datang kat nasi kita, kita mesti rasa tak heran n buang jer semut tuh...tapi cuba kalau segerombolan semut datang kerumun, mau nyer hangin satu badan,... .ye la, da xpasal2 x dapat makan...

tapi macam tue la jugak dengan kita sebagai muslim.... bilangan kita sangat ramai, tapi dibandingkan dengan penganut lain, kita sangat kecil... jadi bila kita tak bersatu-padu, hanya berjuang seorang diri, mmg sangat senang untuk dipicit, dipijat, atau disembur dengan air, macam nasib semut tu tadi...tapi kalau kita bersatu padu, n kita berjuang secara ramai-ramai, insyaAllah, segala perjuangan akan menjadi mudah, dan kemenangan adalah milik kita....

so, secara tuntasnya, walaupun semut nie nampak kecik jer, tapi diorang ade 1000 kali kebaikan dari kita yang dikurniakan akal....renung2kan...dan selamat beramal

0 Komen: