Tuesday, December 13, 2011

A Journey of a Freelance to Cardiff

Muhasabah mode :

 Walaupun telah hampir sebulan berlalu,
Aku masih teringat lagi tentang apa yang berlaku pada minggu itu
Intense pressure that I have ever had in Manchester.





Perkaranya kecil sahaja, n boleh diselesaikan dengan cara baik,
tetapi ada plak orang yang cuba memperbesarkan isu itu
Maka terjadilah pertelagahan antara mereka2 ini,
Bukan satu dua isu,
Tapi banyak yang mereka telah timbulkan,
Kesannya, orang2 yang bertanggungjawab terhadap perkara ni lah yang kene reconcile balik keadaan
(maaf, tak boleh terangkan secara detail di sini)
Masa tu, aku boleh bersabar lagi,
cuma magma memang tengah menggelegak kat dalam la,
tapi bila kena perli sebijik di facebook,
memang aku meletup ar,
nasib agak baik ketika itu aku berada di computer cluster untuk menyiapkan kerja,
ingatkan nak balik lambat sebab banyak lagi kerja tak siap,
tapi bila hati dah panas,
(mmg panas, even waktu tu dah malam pun, kalau aku tak pakai jaket kat luar aku memang tetap rasa panas)
maka hendak tak hendak, aku balik jugak rumah
sebab nak bagi sejuk sikit hati..
tapi, marah berapi camna pun aku, kena jadi jugak profesional,
dgn itu, aku tegur orang itu secara direct tanpa bertapis,
cuma menggunakan bahasa yang sopan untuk tidak menambahkan lagi ketegangan terhadap
keadaan yang memang dah tegang...
(siap ada smiley lagi, sebab nak jugak jaga maruah orang tu kat situ, walaupun basically aku difire secara terang-terangan)
bukan apa, kalau tak tegur dari sekarang,
besar kemungkinan orang2 tersebut akan terus-menerus buat kekacauan yang sama,
sebab ingatkan takda orang berani nak tegur,
ni bagi 'sound' sket, alhamdulillah, hari2 yang seterusnya, mereka senyap kembali
pheww~~

n untuk pengetahun korang (cehh 'korang', ade ke orang nak baca entry panjang sebegini)
waktu minggu itu juga, minggu yang paling heavy bagi aku,
sebab aku ada 2 deadlines assignment yang nak kene anta
DUA WEYH! DUA ESSAY TO BE EXACT! (gilo ko apo tetibo capslock?)
1 essay due hari khamis, 4000 perkataan.
1 essay lagi due hari jumaat 1500 perkataan,
so agak2 ar kan camna aku nak handle dgn masalah2 orang yang gemar cari isu nih,
dgn assignment
dgn aktiviti2 persatuan lagi,
@.@

(weyh, apsal melalut giler ni, ko kata nak cter perjalanan ko ke Cardiff)

haha,
lek2 lu, aku saja bagi mukadimah sket,
sbb nak terangkan mengapa perjalanan aku ke cardiff adalah perjalanan yg pling aku inginkan untuk sem nih,
so korang ('korang' lagi)
paham2 je la eh, kenapa aku excited gila dgn perjalanan ini
pagi jumaat tu, bila pressure semua dah build up,
siap aku g jerit lagi kat kawan aku (bukan jerit sebab nak marah dia, jerit sebab nak lepaskan perasaan)
yang aku gila2 nak blah dari manchester,
pot pet pot pet (untuk kawan aku tu, maaf, anda terkena bebelan aku di pagi hari.. hehe)

so malam tu,
tepat jam 7.30 malam, train aku pun meninggalkan manchester yang merunsingkan fikiranku
masa tu, hanya Allah saja yang tahu,
betapa leganya aku,
betapa ringannya hati aku,
apabila aku meninggalkan segala2 nya di belakang,
seolah2 aku tidak pernah ada masalah,
ya, ini bukan tipu,
satu kelegaan yang tak pernah aku rasakan
sejak aku masuk 2nd year nih,

jam 11.00 malam, aku pun tiba di cardiff central,
lalu rakan baikku, Ann, mengambil dan membawa ku kerumahnya,

esoknya, dia bawa aku jalan2 ke merata tempat,
1st tempat yang dia bawak tu namanya St Fagans
tempat tu sangat aman, damai,
n yang paling best sekali, aku dapat tengok kambing biri2 dengan lebih dekat
selama ni jakun gila nak tengok sheep,
n aku dapat juga tengok khinzir...
haha
lepas tu, ann bawak aku g cardiff bay,
n makan buffet
8 pound
tapi serius berbaloi
n kenyang gila2 sebab semua makanan aku makan
wktu tu,
aku mmg off fesbuk,
off twitter,
aku memang disconnect diri aku dari manchester..
bkk fb pn, sbb nak update status untuk parents (skrg kn bley private status just for famili kan...)
lepas update, terus off fb,

ugugu~
esok harinya,
aku g kedai souvenior
n terus menaiki train pulang ke manchester
jam 10.45 pagi,
dan aku selamat tiba di manchester jam 2.40 ptg
pengalaman yang aku tak boleh lupa bila atas train,
bila train tu lalu tepi laut..
sgt cantik..
n jakun jugak tgk laut kat sini sbb jarang kan..

dan bila smpi2 je kat manchester
terus beku,
kat cardiff lek je cuaca nyaman,
kat manchester terus kejutan cuaca..
haha..

so, meh la tgk beberapa gmbr yg smpt disnap di sana..
wee..^.^ v









0 Komen: