sorry to my followers and readers.. sejak masuk 2nd sem ni,
i super duper busy u..
tu yg dok ziarah blog sndri,
tapi takde masa nak update..
hehe..
jadi, to my following readers (bajet ada reader, padahal aku sorang je..sje syok sndri)
meh la ak nk story sket pasal pengembaraan guer di andalusia tempoh hari..
(tempoh hari la sgt.. padahal 3 bulan yang lalu...-_-")
so spe yg nak tahu, or dah tahu tp just nk lebih konfem, or yg da taw tapi saja buat2 tataw
(straight to the point please!)
andalusia tu adalah sebuah kawasan di dalam negara Sepanyol, or bak kate omputeh, Spain, or bak kate bangse diowg sndri, EspaƱa (sebutan: espanya)
hah, kalo nak lebih idea di mana terletaknya kawasan andalusia tersebut, meh cek kt gambar di bawah..:D
haa.. yang kaler2 biru muda yang kat bahagian bawah itulah kawasan andalusia..
tapi.. tapi..
ktowg tak pergi semua tempat.. ktowg pergi 4 sahaja, iaitu malaga, granada, cordoba, sevilla..
so, meh cek nak cecita sket (ke pjg) apa yang ktowg buat kat sana sepanjang trip tu..
seramai 8 orang yang menyertai "penaklukan" andalusia ini,
which 5 daripadanya adalah housemates aku, n 3 lagi adalah rakan2 yang turut sama memeriahkan trip ini..
kami bertolak dari manc ke liverpool pada 17 Disember 2011, 10 malam, kerana dari liverpool airport, kami berangkat jam 6.30 pagi dan tiba di malaga airport jam 10.25 pagi. (flight 3 jam je, cuma waktu di spain tambah sejam dari waktu uk)
MALAGA (18 - 19 DISEMBER)
so, sampai2 di sana, as expected, kami akan ada masalah bahasa..
even nak lepas imigresen pn ssh sbb diowg tanye dalam spanish..@__@"
dari malaga airport, ktowg pun ambil taxi menuju ke hotel kami..
masa dalam taxi tu, pemandu taxi tu agak peramah, n nmpk mcm nk tnye soalan byk2..
tapi, dsbbkan masalah bahasa,
jd mcm ayam dan itik gak ah bercakap..
bila dia duk soal2.. kene digest lama dulu, n kalo rase2 dah paham, jawab je la.. haha..
then sampai kt hotel ktowg, ktowg tak leyh masuk lagi, sebab check in petang, tapi ktowg smpi sne dlm 11.30 pagi.. jadi ktowg just urus diri cam gosok gigi n basuh muka semua..
then kt0wg pn terus cari bus station tuk beli tiket bas ke granada (saja nak cari awal2 so that dah taw kat mana)
lps bli tket tu, ktowg pn pergi la satu kawasan yg di panggil castillo de gibralfaro (gibralfaro castle)
subhanallah, mmg cantik tempat tuh..^^
GRANADA (19 - 21 DISEMBER)
kami bertolak dari malaga ke granada jam 7 pagi, 19 Disember
tapi sebab malam tu, semua orang tidur dalam kol 8 - 9 malam
so, mmg puas gila tidur la.. haha.. jd takde la kes mamai.. semua orang pn cm semangat je nk pg granada
sebab bagi aku, granada adalah the best place in andalusia..
sbb ada 2 kawasan yang menarik iaitu alhambra dan albaicin
n lagi satu jugak, cos hidup agak rendah (bus dia flat fare, so sekali naik 1.15 euro je)
souveinour plak, seriously paling murah kt granada r.. huhu..
mknn halal pn senang gila nak cari,.. byk kedai2 mknn halal,
n yeah, perjalanan paling epic memang di granada la..
sebabnya, ktowg beberapa kali kene 'tembak' kat sana..
T___T
hoh, kene tembak? apa kes?
nk taw apa yang terjadi di sana?
haa ni yang nak cerita nih..
jeng3..
Albaicin (19 Disember)
albaicin ini adalah merupakan kawasan penempatan bagi penduduk granada
kawasan ni berbukit, dan betul2 bertentangan dengan alhambra
n disebabkan ktowg pergi albaicin sebaik tiba di granada,
n tidak menjumpai lagi restoran halal ketika itu,
jd mmg syus lapar la..
tpi still, ktowg buat2 chill..
n bila sampai kat kota albaicin,
ktowg pun amek2 gamba la kt situ, n masyaAllah, mmg cantik sungguh kawasan dia..
tiba2, aku didatangi seorang pakcik berjambang
n dia berkata, "nih, pkcik nak bagitaw ni ha, kjp lagi zohor nak masuk, n bila dah dengar azan, kowang semua, masuk lah ye ke masjid tu..."
"oh ada rupanya masjid kat sini ye pakcik.."
"ye ada, nanti masuklah ye.."
n pstu, ak pn royak lah kt grup rombongan, ajak g masjid tu..
n bila dah masuk kt situ, ada la plak garden kecik, which apa lagi,
sapa yang pegang kamera mula la snap2 gambar kat dalam tuh..
n bila dengar je bunyi azan, ktowg pn,
bersiap2 la amek wudhu' n semayang kat dalam masjid tuh
n lepas sembahyang, aku pn nk tnya la kt orang dlm msjd tuh,
kek mano ada restoren halal.. ktowg dah kebulur dah ni ha..
bila terserempak dengan sorang lagi pakcik, n lps bg salam
ak pn tanye la, "pakcik, kat sini ada tak restoran halal"
pakcik tu pn mmbalas.. "ada, awak belok kiri, belok kanan, pstu belok..pstu... pastu..."
aku : " @____@""
pakcik : "takpelah nak, meh pkcik bawakkan korang.."
aku : ^___^
n pakcik spain ni, dengan kawan dia iaitu pakcik berjambang tadi (pakcik morocco),
bawak lah ktowg pergi restoran yg dia ckpkan tu..
otw ke sana,
ktowg borak2 la..
n rupanya, pakcik spain ni prnh dtg malaysia
dia dulu pergi kl, melaka, n kelantan
dia jugak ada tunjuk dinar emas kelantan yang dia sentiasa simpan dalam poket dia..
n dia sbbkan dia mmg orang sepanyol, (n kebetulan dia mmg fasih inggeris)
so aku tanya la dia,
"pakcik, mcm mana ye dengan kehidupan orang Islam di Sepanyol? susah tak?"
lalu pakcik itu pun menjawab,
"susah, tapi kat malaysia tu lagi teruk sebenarnya.."
(ahh sudah, apsal ttbe kaitkan ngan malaysia lak ni.. xpe2, bagi pakcik ni sambung citer lu)
"bila negara kafir buat sekian2, negara islam ikut.. orang kafir buat citer hollywood, orang islam ikut style tu.. pg tgk wayang diowg.. orang kafir cipta pakaian ala2 zaman firaun, orang islam tiru... orang kafir buat sistem ekonomi diowg sendiri, orang islam guna... jadi sekarang ni, apa bezanya kehidupan orang islam dan orang kafir? takde beza dah.."
gulp..
(n syusly, rasa cam nak beli tket balik uk dan2 tu jugak.. malu syot.. kene panah direct cenggini)
so, bagi sesape yang tak berapa nak paham apa yang pakcik nih cuba sampaikan,
meh aku summarise..
basically, pakcik tu nak kata la, sama ada kau duduk kat negara islam, atau negara bukan islam, dalam zaman sekarang ni, samo yo duo2 pun..
mgkin dugaan bagi dia sebagai orang islam di negara bukan islam adalah susah nak praktiskan islam itu sendiri..cth kalo bermusafir, susah nak cari tempat sembahyang, mknn halal n sbginya..
n kalau yang berhijab, myb kene prejudis or pandang serong..
tapi, mungkin dia dah terima dugaan itu sebab dia dah duduk kt negara bukan islam
tapi, yang duk kat negara islam ni pun, dugaan n kesukaran tetap ada jugak...
mungkin sbb dia dah pernah datang ke malaysia, jadi dia taw realiti kehidupan orang islam di negara islam sebenarnya..
mungkin apa yang dia nampak, orang2 kt msia ni (yang islam lah kan)
namo yo islam, kad pengenalan tulis islam,
tapi dari segi pergaulan, dari segi kehidupan sosial, dah x mcm orang islam dah..
(weyh korang kmpem kan taw apa yg ak cbe nk smpikan ni.. so x yah la elaborate panjang)
n mungkin dia tgk jgk, pakaian dah tak rupa apa dah, bertudung tpi kain singkat ke cmne ke..
jadi bagi dia, takde beza dah perangai orang islam ni.. sama ada duduk negara islam atau negara bukan islam, kehidupan seharian dah x menggambarkan islam yang sebenar dah..
ermm..
amacam, adakah kalian terasa telah kepedasannya..
:/
ok, lepas kene 'tembak' ngan pakcik tadi,
ktowg pn smpi la kt restoran yg dimaksudkan pakcik tu..
jadi dia jugak la yg tolong amekkan order bagi ktowg..
pada asalnya, harga sorang 6 pound.. tapi cmna ntah, pakcik tu pn bg la, sorang bayar 4 pound..
n dia tnya, nak makan cmna, beramai2 ke, oo sorang sepinggan ke..
so ktowg cakap la, ktowg kongsi 4 orang 1 talam..
n die pn ok..
sambil nak tunggu makanan tu (syusly lama gila)
nih pakcik morocco plak duk layan ktowg..
tunjuk teh2 yang ditanam kat spain..
wangi-wangian,
n jugak ubat-ubatan tradisi yang mnurut pakcik tu,
semuanya mengikut cara2 rasulullah s.a.w
n pakcik spain tu ada tanya ktowg, course apa yang ktowg blaja kt uk..
jadi, bila dia dengar ada beberapa budak yang amek farmasi,
dia pn bagi la nasihat..
"kalian yang amek farmasi.. kembalilah kepada perubatan tradisional.. jangan tumpukan pada perubatan moden dah.. bukan bagus pun.. ikut balik sunnah2 rasulullah s.a.w... cari balik ilmu2 dari kitab lama mengenai perubatan tradisi nih.. lagi baik.."
(aku dalam hati : pakcik, kenapa pakcik tak cakap kat saya yang amek biotechnologist nih? padahal itulah cita2 saya pakcik..woo kene substandard lagi.. T.T)
ok dah berhenti merepek..
n lepas dah lama gila tunggu,
makanan pun sampai,
dan sesungguhnya, makanan itu sangat2 lah sedap..
dah lah masing2 sangat lapar,
jadi bila makanan tu dihidangkan panas2 lagi,
memang masing2 makan macam jerung ah..
n beberapa minit pastu, ktowg pn abes makan..
pakcik tu myb terkejut kot, sbb cpt sgt mkn nyee..
siap pakcik tu tanya lagi,
"cukup ke nih makan?"
ktowg pun balas, "cukup pakcik.. jgn risau"
pakcik : "O_o.. betul ke nih..."
ktowng : "betulll"
(sebenarnya, tipu je, time tu lapar lagi.. dah lah lauk sgt sedap.. tp ktowg jwb je ckup sbb, sebelum tu ada borak2 ngan pakcik tu, pasal adab makan la,berhenti makan sebelum kenyang la.. kang tak senonoh plak kalo mcm piranha sangat)
tapi disebabkan pakcik tu macam agak sangsi dgn jwpn ktowg
dia kurang kan harga, so sorang just bayar 2 pound..
@___@"
kemudian, pakcik morocco tu plak yang bawak ktowg berjalan2 sekitar albaicin..
n dia pun citer2 la sejarah albaicin ni semua
yang dahulunya, memang diduduki oleh orang islam bla bla bla..
siap tunjuk lagi, inilah jalan yang 1st time di bina n tak pernah berubah smpi sekarang,
sistem perparitan 1st in the world..
hihi..
dan dia juga menceritakan sejarah alhambra,
n siap bawak ktowg satu spot, yang boleh nampak seluruh granada
n yeah, usha2 lah gmba ni ye..
^^
bergambar dengan pakcik morocco (kiri) dan pakcik spain..
sekitar masjid granada..
smbil tunggu makanan..
seluruh granada..
orait everyone.. gotta stop here.. insyaAllah, kisah di alhambra (kat sini pun ada kisah hampir tragis dan kisah kene tembak lagi) dan dua daerah lagi iaitu cordoba dan sevilla akan disambung dalam part 2..
c ya later.. ^^





0 Komen:
Post a Comment