sape suke cheese cake?..
angkat kaki...
=p
nih..
aku ada bagi resepi care2 nak wat peach cream cheese cake
Sekadar illustrasi
120 gm sponge mix
2 biji telur
40 ml air
40 ml minyak masak
Bahan B :
500 gm krim keju
150 gm gula kastor
250 ml krim putar
1 tin buah pic
2 sudu teh serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
Cara membuat :
1. Putar kesemua bahan A kecuali minyak masak sehingga gebu
2. Selepas itu masukkan minyak masak dan gaul rata
3. Bakar sehingga masak
4. Untuk bahan B pula, putar gula dan krim keju cheese lalu masukkan krim putar
5. Masukkan gelatin yang telah dicairkan di dalam air panas ke dalam adunan keju.
6. Selepas itu masukkan separuh buah pic yang dipotong dadu
7. Tuang adunan ke atas adunan kek. Buah pic yang selebihnya diaturkan di bahagian atas kek tadi dan simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 jam..
8. Siap!!.. =)
Kredit : Majalah Harmoni





0 Komen:
Post a Comment